Pengembangan 16 kepada 24 pasukan Piala Eropah UEFA

Kejohanan UEFA Euro 2016 akan dianjurkan oleh Perancis, di mana 24 pasukan akan bermain dalam kejohanan ini.[7] Persatuan Bola Sepak Ireland dan Persatuan Bola Sepak Scotland telah mencadangkan pengembangan kejohanan itu pada tahun 2007.[8] Platini berkata, persatuan bola sepak England dan Jerman menentang pengembangan tersebut, dan 51 Persatuan Ahli UEFA mengundi menyokong perkembangan kejohanan itu.[9] Keputusan itu diambil pada bulan September 2008.[10]

Walaupun persediaan awal tawaran dari Turki, Ireland-Wales-Scotland dan Azerbaijan-Georgia untuk menjadi tuan rumah Euro 2020 telah berlaku, namun ia telah diumumkan pada bulan Disember 2012 bahawa kejohanan itu akan diadakan di bandar-bandar di beberapa negara-negara Eropah.

Rujukan

WikiPedia: Piala Eropah UEFA http://www.euro08.basel.ch/en http://www.sleep-in.ch http://bleacherreport.com/articles/1384617-what-do... http://www.fifa.com/aboutfifa/organisation/news/ne... http://www.soccernewsday.com/world/a/179/pros-and-... http://www.theguardian.com/football/2014/feb/22/mi... http://www.uefa.com/competitions/euro/index.html http://www.uefa.com/news/newsid=754239.html http://www.uefa.com/uefa/footballfirst/newsid=1837... http://www.uefa.com/uefa/management/newsid=1493384...